Cerita Menarik

Assalamualaikum..
Kali ni nak cita ckit pasai Sultan Muhammad Al-Fateh.. Hope ada yang dapt ambik iktibar or dapt dijadikan contoh. Salah satu yg dpt kita jadikan iktibar is Sultan MUhammad Al-Fateh ni xpernah tinggal solat fardu, solat rawatib n solat Tahajud sejak baginda baligh..Sultan Muhammad Al-Fateh ni putera kepada Sultan Murad II (Khalifah Uthmaniah ke 6).


Nama                           : Sultan Muhammad II
Nama Glamour          : Sultan Muhammad Al-Fateh (digelar Sultan Muhammad Al-Fateh kerana     Pembukaan Kota Konstantinople)
Tarikh kelahiran        : 30 Mac 1432 M
Bangsa                       : Kurdish
Tempat Lahir             : Sempadan Turki-Bulgaria
Jawatan                      : Sultan
Ilmu yang dikuasai    :Politik, seni tempur dan beladiri, ilmu peperangan, tasauf, psikologi
 dan lain-lain.
 Berkebolehan dalam 7 bahasa iaitu bahasa Arab, Turki, Greek, Hebrew,  
 Parsi, Latin dan Serbia.
Penasihat Utama       : Syeikh Shamsuddin al-Wali (berketurunan Saidia Abu Bakar)
Zaman Remaja          : Memangku jawatan Khalifah semasa berusia 12 thun (1444M)
                                      Menjadi Khlifah Uthmaniah  yang ke 7 pada usia 19 thun (1951M)

Zaman Dewasa          : Mengetuai sebanyak 25 kali kempen ketenteraan 
                                    sepanjang hayatnya
Berjiwa rakyat – Diceritakan semasa membina Benteng Rumeli Hisari, baginda telah turut sama membantu. Baginda membuka serban dan bajunya untuk membantu tenteranya.
Gemar mengenakan serban besar begitu juga dengan tenteranya. Selain mengikut sunah, serban besar tersebut juga adalah kain kafan mereka sendiri. Ini menunjukkan kecintaan mereka terhadap syahid.
Walau telah dilantik sebagai khalifah, baginda masih memerlukan tunjuk ajar dari ayahandanya yang juga mahagurunya.
Sultan Muhammaad Al-Fateh pernah menyatakan “Kalau ayahanda fikir ayahanda masih seorang khalifah, menjadi kewajipan ayahanda untuk turun ke medan perang. Tapi jika ayahanda memandang saya yang khalifah, maka saya perintahkan ayahanda untuk turun berjuang.” Kepada ayahandanya.
Menawan kota Konstantinople semasa berumur 21 Thaun (19 April 1953)



Menawan Konstantinople    :
Ciri –ciri Kota Konstantinople : Mempunyai tembok setinggi 25 kaki dan berlapis empat
                                                 Berparit air dihadapannya.
Tentera kristian memasang rantai besi yang merantangi Selat Bosphorus bagi meghalang tentera islam menghampiri kota ini.                                                        
Persediaan                              : Belajar dari sejarah kegagalan tentera islam terdahulu untuk menawan kota ini
                                                Mengaarahkan pembinaan meriam paling besar dan berkuasa pada zaman tersebut
                                                Meriam ini mampu menembak sejauh satu batu dan berat antara 300 hinnga 1600 kg setiap biji dan meriam ini hanya boleh menembak sebanyak 15 biji peluru satu hari.
                                                Tentera islam seramai 150 000 orang telah menyertai kempen ketenteraan di konstantinople.Gementar hati musuh-musuh islam apabila melihat betapa berdisiplin, bersatu hati, harmoni dan bersungguh-sungguh tentera islam semasa menunaikan solat berjemaah.

Hari Penaklukan                     :Telah membedil Kota Konstantinople  selama 48 hari dan kota ini masih utuh berdiri
                                                Kekuatan tentera kristian bertambah apabila pope meghantar 5 buah armada perang
                                                Suatu malam, Sultan Muhammad Al- Fateh mengarahkan tenteranya kapal – kapal perangnya melaui jalan darat. Ia memang merupakan idea yang luar biasa. Tentera – tentera islam menarik kapal-kapal menggunakan jalan darat dan melabuhkannya ke dalam selat.
                                                Pada keesokan paginya tentera kristian terkejut melihat sebanyak 72 buah kapal perang tentera islam berada dalam selat dan bersedia untuk menyerang.
                                                Sudah berlalu 53 hari dan Kota Konstantinople masih teguh berdiri dan perkara ini tidak boleh dibiarkan dan Sultan Muhammad Al- Fateh telah nekad dan member ucapan “ Saya hendak mati, sesiapa yang mahu mati, mari ikut saya”.
                                                Seorang pahlawan bernama Hasan Ulubate bersama 30 prajurit islam yang lain telah menyerbu masuk ke dalam kubu dan memacakkan bendera daulah islam di dalam kubu.
                                                Ini menyebabkan tentera islam bertambah semangat untuk menawan kota Konstantinople ini. Hasan Ulubate telah syahid bersama 30 orang pejuang islam yang lain.
                                                Kota Konstatinople ialah kota utama Kerajaan Byzantine dan Kerajaan Byzantine telah lemah dan jatuh ketangan tentera islam. Sultan Muhammad Al-Fateh telah menukar nama Kota Konstantinople kepada Islambol (Islam Keseluruhannya)
                                                Nama ini diubah kepada Istambul oleh Bapa Permodenan Turki iaitu Mustafa Kamal Attarturk. Dia juga yg menukar Masjid Aya Sophia(sebelum kedatangan Sultan Muhammad Al-Fateh ia adalah sebuah gereja St. Sophies)kepada sebuah muzium
Jumaat Bersejarah                 : Timbul satu masalah pada awalnya iaitu siapakah yang paling layak untuk menjadi imam pada Solat Jumaat yang pertama di konstantinople, Sultan Muhammad Al-Fateh telah bertitah kepada tenteranya :
                                                “Siapakah antara kamu yang pernah tinggal solat fardhu setelah baligh, sila duduk”.
                                                Tiada seorang pun dalam ribuan perajurid islam itu duduk. Ini menendakan mereka tidak pernah meninggalkan solat yang telah difardhukan keatas mereka. Ini adalah contoh sebaik – baik tentera.
                                                Baginda bertitah lagi
                                                “ Siapakah yang pernah meniggalkan solat rawatib setelah baligh, sila duduk”
                                                Sebahagian daripada tenteranya duduk.
                                                “Siapakah antara kamu yang pernah meninggalkan solat tahajud setelah baligh, sila duduk”
Semua tenteranya duduk kecuali Sultan Muhammad Al- Fateh sendiri. Ini menandakan Sultan Muhammad Al-Fateh tidak pernah meninggalkan solat rawatib dan solat tahajud setelah baginda baligh.
Akhir Hayat                            : Meninggal dunia pada 3 Mei 1481 di Hurkascayiri, Gebe. Ada pendapat menyatakan baginda meninggal dunia kerana menderita penyakit ghout dan ada juga yang menyatakan baginda meninggal dunia kerna di racun. Orang yang meracunnya adalah seorang yahudi yang bernama Maesto Jakopa dan ada juga oendapat menyatakan putera baginda sendiri terlibat.


 Sumber rujukan 

Assalamualaikum..
Just nak share siapakah Sultan Salahuddin Al-Ayubi. Seorang anak yang berasal dari kota Tigris. Semasa kecilnya sama seperti kanak-kanak lain akan tetapi takdir Allah tiada siapa yang tahu. Bermula cerita apabila beliau di kehendakai menggantikan Syirkuh yang telah tewas dalam perang salib. Beliau juga yang telah mengembalikan Baitul Muqaddis ke tangan Islam pada tanaggal 27 Rejab 583 H (Jumaat hari Israk Mikraj). Beliau seorang pahlawan Islam yang ulung dan ini diakui sendiri oleh Stanley Lane-Poole seorang penulis. Beliau telah pulang ke Rahmatullah setelah berhempas pulas mengembalikan tanah air islam pada usia 57 tahun.



Nama : Salahuddin Yusuf bin Ayyub
Nama Glamour : Salahuddin Al-Ayubi / Saladin
Tahun kelahiran        : 1137M
Bangsa : Kurdish
Tempat Lahir  : Kota Tikrit, berhampiran dengan Sungai Tigris, kira-kira 140 km dari
                               kota Baghdad.
Jawatan  : Sultan

Penasihat Utama : Bahauddin Bin Shaddad
Pekerjaan Awal : Tentera berkuda Al-Malik Nuruddin (Sultan Alleppo)
Kejayaan terbesar : Menang dalam perang salib pada 24 Rabiul-Akhir, 583 H
Telah Berjaya menawan semula Baitul Muqaddis dari tangan tentera Kristian pada 27 Rajab, 583H, iaitu pada hari Isra’ Mi’raj,
Sifat/ Akhlak Penyayang dan belas kasihan   
-       Lane-Poole mengesahkan bahwa kebaikan hati Salahuddin telah mencegahnya daripada membalas dendam.
-      Juga diceritakan semasa perang salib berlangsung antara tentera Salahuddin dengan Raja Richard Berhati Singa yang datang dari England. Ketika peperangan sedang berlansung, Raja Richard jatuh sakit lalu Sultan Saladin mengirimnya buah-buahan segar, air sejuk dan seorang dokter. Kerana terharu dengan kebaikan Sultan Salahudin maka akhirnya ditandatangani perjanjian damai pada 1 September 1192 sehingga orang-orang Eropah berasa takjub bagaimana agama Islam boleh melahirkan seorang pahlawan yang baik seperti Salahudin Al Ayubi.
Seorang yang warak

Gemar solat berjemaah dan tidak pernah meniggalkan solat fardhu

Gemar Mendengar Bacaan Al – Quraan,  mendengar bacaan hadis  Rasullullah s.a.w

Rendah diri dan sentiasa bersyukur kepada Allah

Menolak godaan dunia dan kesengan dunia

Berdisiplin dan bersederhana

Semangat jihat yang amat kuat

Sangat yakin dan percaya kepada pertolongan Allah

-       Pada satu ketika dia berada di Jerusalem yang pada masa itu seolah-olah tidak dapat bertahan lagi dari pada kepungan tentera bersekutu Kristian. Walaupun keadaan sangat terdesak dia enggan untuk meninggalkan kota suci itu. Malam itu adalah malam Jumaat musim sejuk. Bahaauddin mencatatkan, Hanya aku dan Salahuddin sahaja pada masa itu. Dia menghabis kan masa malam itu dengan bersembahyang dan munajat.

      Aku berada di sebelahnya ketika dahinya mencecah bumi sambil menangis hingga air matanya mambasahi janggutnya dan menitik ke tempat sembahyang. Aku tidak tahu apa yang didoakannya tetapi aku melihat tanda-tanda doanya dikabulkan sebelum hari itu berakhir. Perbalahan berlaku di antara musuh-musuh yang menatijahkan berita baik bagi kami beberapa hari kemudian. Akhirnya tentera salib membuka khemah-khemah mereka dan berangkat.

Keberanian yang sangat hebat      

                                    Tidak gentar akan ramainya tentera musuh walaupun bilangan tenteranya amat sedikit jika dibandingkan dengan tentera musuh.

Tarikh Kematian :   Rabu, 27 Safar, 589H,


Syeikh Abu Jaafar seorang yang warak telah diminta menemani Salahuddin di Istana supaya membaca al Quran. Memang pada malam itu telah nampak tanda-tanda berakhirnya hayat Salahuddin. Syeikh Abu Jaafar telah duduk di tepi katilnya semenjak 3 hari yang lepas membacakan Quran. Dalam masa ini Salahuddin selalu pingsan. Apabila Syeikh Abu Jaafar membacakan ayat, Dialah Allah, tiada tuhan melainkan Dia, Yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata (Al-Hasyr: 22), Salahuddin membuka matanya sambil senyum, mukanya berseri dan denga nada yang gembira ia berkata, Memang benar tidak ada Tuhan selain Allah. Selepas dia mengucapkan kata-kata itu dia menghembuskan nafasnya yang terakhir sebelum subuh, 27 Safar.

Sumber rujukan:http://suraual-ikhwan.blogspot.com/2013/01/riwayat-hidup-salahudin-al-ayubi.html
http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?threadid=465636


No comments:

Post a Comment