Friday, 25 May 2012

Isbal




Assalamualaikum...


Selalu kita dok tgk n perkatakan mengenai pakaian wanita muslimah...
Antara sedaq or x, kaum lelaki pun ada larangan dalam berpakaian...
Kt cni da satu istilah yang aku dpt utk kaedah berpakaian untuk lelaki iaitu Isbal..
Maksud Isbal is menurunkan atau memanjangkan pakaian hingga di bawah tumit. Larangan isbal bersifat umum untuk semua jenis pakaian seperti seluar panjang, kain pelikat, gamis atau pakaian lainnya. Ironinya, larangan ini dianggap remeh oleh kebanyakan umat Islam, padahal dalam pandangan Allah ia merupakan masalah besar.


Rasulullah SAW bersabda:

“Kain yang memanjang hingga di bawah mata kaki tempatnya di Neraka.” 

(HR. Al-Bukhari, shahih).

Ancaman bagi musbil (orang yang melakukan isbal ) dengan Neraka tersebut sifatnya adalah mutlak dan umum, baik dengan maksud takbur atau tidak. Jika isbal tersebut dilakukan dengan maksud takbur maka ancamannya lebih besar.

Nabi SAW bersabda:

“Pada hari Kiamat, Allah tidak akan melihat kepada orang yang menyeret bajunya (musbil, ketika di dunia) kerana takbur.” (Muttafaq Alaih, shahih).

Dan secara tegas Nabi SAW melarang kita kaum lelaki melakukan isbal. Beliau SAW bersabda:
“Dan tinggikanlah kainmu hingga separuh betis, jika engkau enggan maka hingga mata kaki. Dan jauhilah olehmu memanjangkan kain di bawah mata kaki, kerana ia termasuk kesombongan, dan sungguh Allah tidak menyukai kesombongan.” (HR. Abu Daud dan At-Tirmidzi dengan sanad shahih , At-Tirmidzi berkata, hadits ini hasan shahih).

Hadis di atas memberi kata putus terhadap orang yang beralasan bahawa memanjangkan kain hingga di bawah mata kaki dibolehkan asal tidak kerana sombong. Ini adalah alasan batil dan dicari-cari untuk membenarkan kebiasaan mereka yang menyalahi sunnah.

Hadis di atas dengan tegas memasukkan perbuatan isbal sebagai sikap sombong, apatah lagi jika memang berniat untuk sombong. Maka jelaslah ancamannya sangat berat. Dan fakta menunjukkan, lelaki yang musbil itu, memanglah pada umumnya untuk bergaya yang di dalamnya ada unsur bangga diri dan sombong. Buktinya kebanyakan mereka menganggap kekampungan, kolot serta melecehkan saudara-saudara mereka yang mengenakan pakaian di atas mata kaki, padahal itulah yang diperintahkan syariat.

No comments:

Post a Comment